Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi projek Membina Masjid Kampung Aur Gading, Kuala Lipis, Pahang telah dilaksanakan pada 9 Februari 2024 (Jumaat) bertempat di Perkarangan Masjid Kampung Aur Gading, Lipis, Pahang.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang kepada YBrs. En. Azmil Bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Khas Pejabat Pembangunan Negeri Pahang dengan disaksikan oleh YB. Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB. Dato’ Mustapa Bin Long, ADUN Padang Tengku, YBrs. Tuan Haji Ahmad Nizam Abdul Manan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, Al Fadhil Ustaz Ahmad Tajuddin Bin Mat Zin, Timbalan Qadhi Daerah Lipis dan YBrs. En. Wan Zuhaimie Bin Wan Salleh Jurutera Daerah JKR Lipis.
Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai dari jabatan/ agensi yang berkaitan di negeri serta daerah, Pemimpin Masyarakat, penduduk Kampung Aur Gading serta pasukan kontraktor.
Usai majlis penyerahan, penduduk Kampung Aur Gading telah dapat menggunakan masjid ini untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah buat pertama kali.
Projek Membina Masjid Kampung Aur Gading ini telah berjaya disiapkan 124 hari awal dari tempoh kontrak yang ditetapkan tanpa sebarang lanjutan masa. Projek yang bermula pada 01 Mei 2022 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 5 Januari 2024 dengan kos kontrak sebanyak RM2,135,062.00. Kontraktor Utama yang berjaya dilantik untuk pelaksanaan projek ini adalah Perniagaan Farros. Manakala kontraktor NSC Elektrik projek ini adalah Wajah Jaya Damai Enterprise dan kontraktor NSC Mekanikal pula adalah Dinamik Efisien Enterprise.
Skop utama projek ini adalah pembinaan sebuah masjid yang berkapasiti seramai 200 orang jemaah. Di samping itu, skop yang termasuk dalam kontrak projek ini juga adalah pembinaan sebuah menara azan, bangunan tempat wuduk dan tandas untuk lelaki dan wanita, bangunan pengurusan jenazah serta kerja-kerja luaran/ infra.
Projek ini juga telah berjaya disiapkan dan diserahkan dengan 10 pencapaian merangkumi kriteria berikut:
- CPC Sebelum Tarikh Siap Asal Projek (Awal 124 Hari)
- Siap Tanpa Lanjutan Masa (EOT)
- Penjimatan Kos Projek (Kos Kontrak RM2,135,062.00 berbanding Siling Projek RM2.4 Juta)
- Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh Kurang 3 Bulan Selepas CPC
- Penyiapan As-built Drawing
- Penyediaan SOFA
- Pencapaian Cemerlang Prestasi Kontraktor
- Tiada Major NCR
- Digital Coffee Table Book
- Tiada Kemalangan Serta Jangkitan Covid-19 Sepanjang Tempoh Kontrak.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak HOPT (Bahagian Bangunan JKR Pahang), HODT (Bahagian Arkitek JKR Pahang, Bahagian Struktur JKR Pahang, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Pahang, CKE JKR Pahang dan CKMN JKR Pahang), JKR Daerah Lipis serta kontraktor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.
Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan.