18 Januari 2024 – Maran, Pahang – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah melakukan kunjungan ke JKR Daerah Maran, Pahang untuk sesi ramah mesra serta melawat tapak Projek Menaiktaraf dan Meninggikan Aras Jalan kawasan banjir di beberapa lokasi Jalan iaitu di Bak-Bak Serengkam (C133) Maran, Pahang.
Jalan yang seringkali dinaiki air sewaktu musim banjir itu telah mengakibatkan penduduk terputus hubungan.
Sehubungan itu lapan lokasi jalan yang akan di naikaras dengan jumlah panjang 7.5 kilometer dan dijangka siap pada Mac 2025 dengan piawai jalan R2 JKR.