Kursus Pembelajaran dan Pengajaran Kes Penghakiman Mahkamah Di Negeri Pahang telah berlangsung pada 20 dan 21 September 2022 bertempat di Dewan Bakawali, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Kuantan, Pahang. Kursus ini merupakan hasil kerjasama Unit Integriti, Kementerian Kerja Raya Malaysia dan JKR Negeri Pahang.
Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar dan Pembangunan, Kementerian Kerja Raya yang turut dihadiri oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dan Tuan Seng Chuan a/l Din Wan, Pengarah Unit Integriti, Kementerian Kerja Raya. Peserta terdiri daripada Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jurutera-Jurutera Daerah JKR Negeri Pahang.
Tujuan pelaksanaan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan pengurusan kes tuntutan ganti rugi kontraktor binaan melalui mahkamah, mengenalpasti kelemahan dalam pengurusan projek dan pentadbiran kontrak serta cadangan tindakan pembetulan dan penambahbaikan.
Adalah diharapkan dengan berlangsungnya kursus ini dapat memberikan penerangan yang lebih terperinci serta pengajaran dan pembelajaran disamping penambahbaikan ke atas skop kerja kepada semua peserta.