Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022M/1444H telah diadakan pada 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiulawal 1444H di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang yang bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.
Seperti tahun sebelumnya, JKR Pahang tidak ketinggalan menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Pada tahun ini kontijen JKR Negeri Pahang telah diketuai oleh YBrs. Ir. Haji Rosnan Bin Hussin, AAP., AMP., selaku Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang yang baru bersama kekuatan 34 anggota telah turut serta dalam meraikan sambutan tersebut.