31 OGOS 2025 | AHAD – Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Pahang Tahun 2025 telah diadakan di Jalan Mahkota. Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang tidak ketinggalan menyertai perbarisan dan perarakan kenderaan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dan kerjasama yang diberikan sepanjang latihan dan raptai bagi menjayakan sambutan hari kebangsaan kali ini.




