MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA LAMPU ISYARAT DI PERSIMPANGAN JALAN KUANTAN – KUALA LUMPUR (FT02) KE SG. PANCHING UTARA (FT1490) : 17HB MAC 2026 (SELASA) – 24HB MAC 2026 (SELASA).

Dengan ini dimaklumkan bahawa Pasukan Projek Membina Persimpangan Bertingkat Panching, Jalan Kuala Lumpur – Kuantan (FT02)akan membuat penutupan sementara Lampu Isyarat di Persimpangan Jalan Kuantan – Kuala Lumpur (FT02) ke Sg. Panching Utara (FT1490) bagi melancarkan aliran trafik sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2026.

Lokasi: Persimpangan Jalan Kuantan – Kuala Lumpur (FT02) / Sg. Panching Utara (FT1490)
Tarikh: 17hb Mac 2026 (Selasa) – 24hb Mac 2026 (Selasa)

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi papan tanda trafik yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 011-26485329

Berhati-hati di jalanraya, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kerjasama semua pengguna jalanraya amat dihargai.

Notis Penutupan FT02 Lokasi 001
Notis Penutupan FT02 Lokasi 002
Notis Penutupan FT02 Lokasi 003
Notis Penutupan FT02 Lokasi 004
Notis Penutupan FT02 Lokasi 005

Sumber : FB JKR Daerah Kuantan