Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) JKR Pahang telah menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran serta Ceramah Mendidik Integasi Penjawat Awam pada 14 April 2023 yang bertempat di Dewan Bakawali, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Program kali ini dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Abdul Hafiz Bin Mad Radzi atau dikenali sebagai PU Angah selaku Penolong Pegawai Syariah dari Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang.
Setelah itu, program diteruskan dengan Bacaan Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh En. Mohd Rozlan Bin Abd Rani dari Bahagian Bangunan.
Program ini melibatkan penyertaan dari semua bahagian di Ibu Pejabat JKR Negeri Pahang dengan pembahagian 30 juzuk Al-Quran yang perlu dibaca melalui sesi tadarus di bahagian masing-masing bermula awal bulan Ramadan.
Sekalung penghargaan kepada pihak Urusetia, peserta dan semua warga Ibu Pejabat JKR Negeri Pahang yang telah bersama-sama menjayakan program yang bermanfaat ini.

		





