Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Tahun 2025M/1447H telah diadakan pada 5 September 2025 bersamaan 12 Rabiulawal 1447H bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Tema sambutan pada tahun ini ialah “Membangun Ummah MADANI”.
Seramai 37 orang peserta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah menyertai perarakan Maulidur Rasul yang diketuai oleh YBrs. Ir. Adnan bin Ladin, Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Pasukan Projek Persekutuan Negeri Pahang.



