MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA DAN AKU JANJI BAGI SEMBILAN (9) PROJEK OLEH JKR NEGERI PAHANG

14082024_JKR_Pahang

14 Ogos 2024 – KAUNTAN, Satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Aku Janji kepada kontraktor berjaya bagi Sembilan (9) Projek dalam Negeri Pahang telah diadakan bagi projek sepertimana dibawah :-

 

 

BIL PERKARA / PROJEK KONTRAKTOR
1. Menyiapkan Baki Kerja Pembinaan Infrastruktur Serta Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Menempatkan Satu Sistem Antena Di Stesen Penerima Data Satelit, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Temerloh, Pahang Darul Makmur ZM GLOBAL TRADING
2. Tawaran Semula Menyiapkan Baki Kerja Pembinaan Bangunan Baharu Bagi Main Switch Board (MSB) Dan Penambahan Kapasiti Genset Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang SSL DEV SDN. BHD
3. Naik Taraf Fasiliti Dan Kemudahan Pelajar Di IKBN Pekan, Pahang SEJUTA IMPIAN TRADING
4. Kerja-Kerja Pembaikan Sistem Paip Bomba Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang AIZWA GLOBAL
5. Menyiapkan Baki Kerja Pembinaan 2 Blok Kuarters Kelas G Pangsa 5 Tingkat 18 Unit Dan 2 Unit Kuarters Berkembar Kelas D Di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang Darul Makmur LM PARTNERS SDN. BHD
6. Bina Baru Asrama Lelaki 4 Tingkat Sma Chenor, Maran LKPP PROPERTY SENDIRIAN BERHAD
7. Cadangan Membuka, Memasang Semula, Merekabentuk, Mentauliah, Membina Dan Menyiapkan Stor Dan Bengkel Di JKR Daerah Kuantan Serta Kerja – Kerja Lain Yang Berkaitan Di Kuantan Pahang KB 18 DEVELOPMENT SDN.BHD
8. Bina Baru Asrama Perempuan 4 Tingkat, SMA Al-Ihsan, Kuantan MASBELY SDN.BHD
9. Bina Baru Kompleks Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Di Indera Mahkota, Kuantan
GOLDEN SMARTLAND SDN. BHD

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., kepada pihak kontraktor yang berjaya dan turut dihadiri oleh Juruukur Bahan Penguasa Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, Sr. Jaidi Bin Abd Raof dan Jurutera Awam Penguasa Bangunan Encik Mazlan Bin Makhtar.

Seterusnya pihak kontraktor melafazkan ikrar dan menandatangani Aku Janji yang disaksikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dan Juruukur Bahan Penguasa.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek mengikut tempoh, kos dan kualiti yang telah ditetapkan.

14082024_02
14082024_03
14082024_04