MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF KOMPLEKS RAKAN MUDA SUKAN AIR ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR

Penyerahan Naik Taraf KRM Rompin dan Pembinaan Benteng Pemecah Ombak 0001

Isnin, 16 Disember 2024 – Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pahang Darul Makmur. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Tuan Adam Adli bin Abdul Halim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia). Turut hadir menyempurnakan majlis adalah YB. Dato’ Ir. Razali bin Kassim (EXCO Kerjaraya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang), YBrs. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu (Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia), YBrs. Tuan Muhammad Hatta bin Kassim (Pegawai Daerah Rompin), YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria (Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang) dan YBrs. Ir. Ts. Mohd Faiz bin Mohd Faudzi (Jurutera Daerah, JKR Daerah Rompin).

Projek Menaiktaraf Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pahang Darul Makmur telah siap sepenuhnya pada 16 Disember 2024. Projek ini telah bermula pada 10 Mac 2022 dengan kos kontrak berjumlah RM 6,318,267.00 dan dilaksanakan secara konvensional (dalaman). Pejabat JKR Daerah Rompin, Pahang telah dipertanggungjawabkan sebagai Pegawai Penguasa bagi projek ini sekaligus menyelia dan memantau aktiviti di tapak bina. JKR Daerah Rompin telah melaksanakan pemantauan secara holistik melalui Sistem Kawal dan Lapor (SKALA) dan Sistem Pengurusan Bersepadu JKR yang melibatkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) IS0 9001:2015.

Skop projek ini melibatkan pembinaan seperti berikut:-

  1. Kerja-kerja penyelenggaraan beberapa unit bangunan sedia ada merangkumi bidang kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal;
  2. Pembinaan gelanggang futsal, dewan kuliah dan bilik mesyuarat;
  3. Papan tanda dalaman dan luaran

Secara keseluruhannya, projek ini dapat disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu:

  1. Serahan Projek Kepada Pelanggan;
  2. Lukisan Siap Bina;
  3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA) dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor Zana Bina Sdn. Bhd. yang telah menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Kompleks Rakan Muda Rompin, seluruh pegawai terlibat di JKR Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Pahang dan JKR Daerah Rompin yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.

Penyerahan Naik Taraf KRM Rompin dan Pembinaan Benteng Pemecah Ombak 001
Penyerahan Naik Taraf KRM Rompin dan Pembinaan Benteng Pemecah Ombak 003
Penyerahan Naik Taraf KRM Rompin dan Pembinaan Benteng Pemecah Ombak 005
Penyerahan Naik Taraf KRM Rompin dan Pembinaan Benteng Pemecah Ombak 006
Penyerahan Naik Taraf KRM Rompin dan Pembinaan Benteng Pemecah Ombak 007
Penyerahan Naik Taraf KRM Rompin dan Pembinaan Benteng Pemecah Ombak 008