MAJLIS PENYERAHAN PROJEK: CADANGAN PENGGANTIAN LIF SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI KOMPLEKS TUN RAZAK (KOMTUR), PAHANG DARUL MAKMUR

27112024 Lif-KOMTUR

Majlis penyerahan projek siap bagi Cadangan Penggantian Lif Serta Kerja-kerja Berkaitan di Kompleks Tun Razak (KOMTUR) telah diadakan pada 27 November 2024 (Rabu), jam pada 09.00 pagi, bertempat di bilik Mesyuarat Anggerik Tingkat 13, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang Darul Makmur. Majlis penyerahan ini juga turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan dari JKR Negeri Pahang dan Wakil Kontraktor Utama, KAC SERVICES Sdn. Bhd.

Projek ini dilaksanakan secara konvensional dalaman oleh Bahagian Bangunan, JKR Negeri Pahang dan diselia oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri, JKR Pahang selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama dengan kos kontrak asal berjumlah RM RM2,559,854.00. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 01 September 2022 dan telah siap sepenuhnya pada 30 September 2024.

Projek ini disiapkan dengan jayanya dan diserahkan secara 3 dalam 1 iaitu:
1. Perakuan Siap Kerja;
2. Lukisan Siap Bina;
3. Manual Operasi & Penyenggaraan;

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya kepada pihak pengurusan Head of Project Team (HOPT), Head of Design Team (HODT) & Wakil Pegawai Penguasa serta pihak kontraktor utama KAC SERVICES Sdn. Bhd yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan projek ini disiapkan dengan jayanya.

27112024 Lif-KOMTUR 002
27112024 Lif-KOMTUR 003
27112024 Lif-KOMTUR 004