KUANTAN – Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (DSTB) Sekolah dan Program Menangani Isu Sekolah Berkepadatan Tinggi di Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Pandan, Kuantan pada 25 November 2025. Majlis ini melibatkan penyerahan sepuluh (10) buah dewan serbaguna dan empat (4) pembinaan bangunan sekolah untuk menangani masalah kepadatan tinggi kepada sekolah-sekolah terpilih di Negeri Pahang, sebagai inisiatif memperkukuh kemudahan pendidikan yang lebih selesa dan kondusif untuk para pelajar.
Sekolah-sekolah yang terlibat dalam penyerahan projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (DSTB) Sekolah di Negeri Pahang ialah:
- Sekolah Kebangsaan Pandan, Kuantan
- Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2, Maran
- Sekolah Kebangsaan Desa Bakti, Temerloh
- Sekolah Kebangsaan Makmud, Raub
- Sekolah Kebangsaan Temin, Jerantut
- Sekolah Kebangsaan Rompin, Rompin
- Sekolah Kebangsaan (Felda) Mempaga 2, Bentong
- Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sg. Koyan, Lipis
- Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar, Pekan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kemayan, Bera
Manakala Sekolah-sekolah yang terlibat dengan Program Menangani Isu Sekolah Berkepadatan Tinggi di Negeri Pahang ialah:
- Sekolah Kebangsaan Bukit Setongkol, Kuantan
- Sekolah Kebangsaan RTP Bukit Goh, Kuantan
- Sekolah Menengah Chengal Lempong, Kuantan
- Sekolah Menengah Cenderawasih, Kuantan
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah:
- Tuan Mohd Radzuan bin Abdul Manaf, Setiausaha Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia;
- En. Nik Husni bin Nik Soh, Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Zon Timur) Kementerian Pendidikan Malaysia;
- Tn. Hj. Ahmad Zamri Bin Md. Isa, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang;
- Tn. Hj. Shaiful-Azizi Sukri bin Mohd Kassim, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan
Selain itu, majlis turut dihadiri oleh barisan Jurutera-Jurutera Daerah, pegawai kanan dari JKR Pahang, wakil Pejabat Pendidikan Daerah, wakil-wakil kontraktor, serta Pengetua dan Guru Besar bagi sekolah-sekolah yang terlibat.
Kehadiran pihak-pihak berkaitan dalam majlis turut membuktikan sokongan padu dan komitmen semua pihak terhadap kejayaan pelaksanaan projek ini. Usaha bersama ini diharapkan dapat memberikan impak positif, khususnya dalam meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif kepada warga sekolah.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada JKR (D) Kuantan, JKR (D) Maran, JKR (D) Temerloh, JKR (D) Bentong, JKR(D) Maran, JKR (D) Lipis, JKR (D) Bera,JKR (D) Jerantut, JKR (D) Pekan, JKR (D) Rompin, kontraktor utama serta semua pihak yang terlibat atas usaha gigih dan kerjasama erat dalam menjayakan pelaksanaan serta penyiapan projek ini.
Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bermula dari peringkat perancangan sehinggalah ke penyerahan projek.















