Bentong, 25 Mei 2023 – Telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, Persaraan 2023 & Hari Inovasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang 2022 bertemakan “Warga Inovatif Aspirasi Kecemerlangan Organisasi” bertempat di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Janda Baik, Bentong. Majlis ini merupakan program tahunan JKR Negeri Pahang dan JKR Daerah Bentong telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini.
YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., selaku Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Darul Makmur telah merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, Persaraan 2023 & Hari Inovasi JKR Pahang 2022 yang turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah, serta pegawai dan kakitangan dari Cawangan, Bahagian dan Daerah.
Penganjuran majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada warga kerja yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta penghargaan kepada Cawangan, Bahagian, Daerah yang telah mencapai kejayaan dalam pertandingan sempena Hari Inovasi. 13 kategori telah dipertandingkan sempena Hari Inovasi pada kali ini.
Berikut adalah senarai pemenang bagi Anugerah Inovasi mengikut kategori :
| BIL | SENARAI KATEGORI ANUGERAH INOVASI | PEMENANG | 
| 1. | Pengurusan Pentadbiran & Kewangan Terbaik | Johan:JKR Daerah Kuantan Naib Johan: JKR Daerah Lipis Ketiga: JKR Daerah Temerloh  | 
| 2. | Pengurusan Pentadbiran & Aset Alih Terbaik | Johan: JKR Daerah Maran Naib Johan: JKR Daerah Kuantan Ketiga: JKR Daerah Lipis  | 
| 3. | Pengurusan Kontrak Terbaik | Johan: JKR Daerah Cameron Highlands Naib Johan: JKR Daerah Pekan Ketiga: JKR Daerah Temerloh  | 
| 4. | Pengurusan Projek Jalan dan Infrastruktur Terbaik | Johan: JKR Daerah Temerloh Naib Johan: JKR Daerah Bera Ketiga: JKR Daerah Kuantan  | 
| 5. | Pengurusan Penyelenggaraan Jalan dan Infranstruktur Terbaik | Johan: JKR Daerah Jerantut Naib Johan: JKR Daerah Rompin Ketiga:JKR Daerah Bentong  | 
| 6. | Pengurusan Kenderaan Terbaik | Johan: JKR Daerah Bera Naib Johan: JKR Daerah Bentong Ketiga: JKR Daerah Raub  | 
| 7. | Pengurusan Projek Bangunan Terbaik | Johan:JKR Daerah Pekan Naib Johan: JKR Daerah Kuantan Ketiga: JKR Daerah Cameron Highlands  | 
| 8. | Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan Terbaik | Johan: JKR Daerah Bentong Naib Johan: JKR Daerah Cameron Highlands Ketiga: JKR Daerah Pekan  | 
| 9. | Pengurusan Kaunter & Telefonis Terbaik | Johan: JKR Daerah Kuantan Naib Johan: JKR Daerah Pekan Ketiga:JKR Daerah Rompin  | 
| 10. | Kebersihan & Keindahan Pejabat JKR Daerah, Unit & Cawangan Terbaik | Johan:JKR Daerah Bera Naib Johan: JKR Daerah Maran Ketiga: JKR Daerah Jerantut  | 
| 11. | Bahagian KOMTUR Terbaik | Johan: Bahagian Bangunan Naib Johan: Bahagian Pentadbiran Ketiga: Bahagian Arkitek  | 
| 12. | Cawangan Terbaik | Johan: Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang | 
| 13. | Pejabat JKR Daerah Terbaik | Johan: JKR Daerah Kuantan Naib Johan: JKR Daerah Maran Ketiga: JKR Daerah Pekan  | 
Pada majlis ini juga, turut disampaikan Watikah Pelantikan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) bagi tahun 2023 kepada Kumpulan S-DePro dari Jabatan Kerja Raya Daerah Rompin dan Kumpulan KM3, JKR Daerah Kuantan. Dua kumpulan ini akan mewakili JKR Negeri Pahang dalam Pertandingan Inovasi pada tahun ini.
Seramai 87 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi perjawatan Negeri telah dirai pada majlis ini. APC merupakan satu pengiktirafan kepada warga kerja JKR Negeri Pahang atas sumbangan pencapaian dalam melaksanakan tugas hakiki disamping penglibatan aktif dalam kegiatan sukan, kemasyarakatan, persatuan dan lain-lain sumbang bakti. Penganugerahan ini juga merupakan satu manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap modal insan berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi yang unggul dalam mencapai ekspektasi yang telah disarankan serta dalam memberikan penyampaian terbaik kepada masyarakat.
Pada majlis ini juga turut disediakan 15 ruang pameran yang telah disertai oleh antaranya RoadCare (M) Sdn. Bhd., YP Maintenance Sdn. Bhd., Permata Seri Megah Sdn. Bhd. Pintas Utama, Sdn. Bhd., Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. Koridor Utiliti Pahang (KUP), Boss Seven Engineering Sdn. Bhd., Pembinaan Kukuh Global Sdn. Bhd., Acoustic & Lighting (East Coast) Sdn. Bhd., Jurukur Mahabob & Co. Sdn. Bhd., South Asia Growth Sdn. Bhd., BSA Lab Engineering, Acson Malaysia Sales & Service Sdn. Bhd., KH Road Maintenance Sdn. Bhd. dan LCS Group of Companies. Terima kasih diucapkan kepada semua pempamer yang telah turut serta pada pameran kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, Persaraan 2023 & Hari Inovasi JKR Pahang 2022. Semoga dengan anugerah ini dapat memberi motivasi dan menyuntik semangat kepada semua kakitangan di JKR Negeri Pahang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada JKR Daerah Bentong, selaku tuan rumah juga kepada semua urusetia serta pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
