PEKAN,1 April 2021 – Telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 dan Persaraan 2021 bertempat di Hotel Ancasa Royale, Pekan, Pahang.
Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan pegawai dan kakitangan JKR Negeri Pahang yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2020 dan pesara yang telah banyak memberikan sumbangan kepada Jabatan ini.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Pahang. Turut hadir sama Timbalan Pengarah Kerja Raya Pahang, YBrs. Ir. Ahmad Azizi bin Ismail dan ketua-ketua bahagian.
Tahniah dan Syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020. Kekalkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan. Semoga ianya menjadi penyuntik semangat kepada kakitangan yang lain, selain mewujudkan persaingan yang sihat di antara warga jabatan untuk membuktikan keupayaan masing-masing untuk terus maju di masa akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada semua pesara yang telah menabur bakti sepanjang bergelar Penjawat awam. Semoga sentiasa sihat dan berbahagia disamping keluarga. Semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya.