1. |
Secara umumnya, Logo yang dipaparkan itu mencerminkan kepelbagaian bidang kerja dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR). |
2. |
Bermula dari bawah, garisan lengkung berwarna hitam memberi simbol kerja membekal air bersih dan menggambarkan JKR adalah sebuah organisasi yang dinamik. |
3. |
Garisan yang berbentuk arch berwarna hitam pekat menunjukkan simbol kerja berkaitan pembinaan dan penyenggaraan jambatan dan juga mencerminkan JKR sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan sebagai peneraju utama negara untuk melaksanakan kerja kejuruteraan. |
4. |
Garisan lurus berwarna hitam di atas garisan berbentuk arch melambangkan penglibatan untuk melaksana rangkaian jalanraya negara |
5. |
Empat belas garisan yang terletak di atas garis lurus melambangkan penglibatan untuk melaksana kerja bangunan meliputi 14 negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. |