Satu lawatan kerja oleh Menteri Kerja Raya ke projek pembaikan jalan (concrete pavement) di Persimpangan Berlian, Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian Semambu, Daerah Kuantan telah diadakan pada 19 Julai 2023. Pihak Roadcare telah membentangkan status kemajuan kerja serta isu-isu berbangkit sepanjang perlaksanaan kerja pembaikan jalan ini.
Turut menyertai lawatan ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Ketua Pengarah Kerja Raya, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang serta pegawai daripada Kementerian Kerja Raya, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Negeri Pahang, JKR Daerah Kuantan dan Roadcare Malaysia Sdn. Bhd.