Ikuti Kami:

Home Latihan Industri & Sangkutan Industri

Senarai JKR Cawangan

  • Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Pahang

    Pejabat Ketua Jurutera Elektrik Negeri
    Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Pahang
    Jalan Seri Kemunting 2, Seri Kemunting
    25100 Kuantan, Pahang.

    Telefon: 09-513 3533/ 513 0411
    Fax: 09-514 1594

  • Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang

    JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri
    Jalan Kemunting 2
    Tanah Putih
    25100 Kuantan. Pahang.

    Telefon: 09-513 4040 / 513 1193
    Fax: 09-513 7454

  • Unit Fasiliti Bangunan Tentera (Awam)

    Cawangan Kerja Tentera JKR Pahang
    KM 16, Jalan Gambang
    25150 Kuantan, Pahang.

    Telefon: 09-540 5502
    Fax: 09-538 4324

Senarai JKR Daerah

  • JKR Daerah Kuantan

    Jabatan Kerja Raya Daerah Kuantan
    KM3, Jalan Sg. Lembing
    25200 Kuantan
    Pahang Darul Makmur.

    Telefon: 09-512 1414
    Fax No: 09-515 9100
    E-mel: jkrkuantan@jkr.gov.my

  • JKR Daerah Pekan

    Jabatan Kerja Raya Daerah Pekan
    Tingkat 1, Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
    26600 Pekan
    Pahang Darul Makmur.

    Telefon: 09-422 2040, 09-422 1212
    Fax No: 09-422 1275
    E-mel: pekan@jkr.gov.my

  • JKR Daerah Rompin

    Jabatan Kerja Raya Daerah Rompin
    Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
    Blok A
    26800 Kuala Rompin
    Pahang Darul Makmur.

    Telefon: 09-414 5040
    Faks No: 09-414 7184
    E-mel: rompin@jkr.gov.my

  • JKR Daerah Maran

    Jabatan Kerja Raya Daerah Maran
    Lot 12, Jalan Seri Keramat
    26500 Maran
    Pahang Darul Makmur

    Telefon: 09-477 1911
    Fax No: 09-417 1913
    E-mel: maran@jkr.gov.my

  • JKR Daerah Jerantut

    Jabatan Kerja Raya Daerah Jerantut
    Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
    27000 Jerantut
    Pahang Darul Makmur.

    Telefon: 09-266 3040, 09-266 3041
    Fax No: 09-266 1696
    E-mel: jerantut@jkr.gov.my

  • JKR Daerah Temerloh

    Jabatan Kerja Raya Daerah Temerloh
    KM4, Jalan Temerloh – Maran
    28000 Temerloh
    Pahang Darul Makmur.

    Telefon: 09-296 1311, 09-296 1312
    Fax No: 09-296 4373
    E-mel: temerloh@jkr.gov.my

  • JKR Daerah Bera

    Jabatan Kerja Raya Daerah Bera
    Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
    24200 Bera
    Pahang Darul Makmur.

    Telefon: 09-255 7276
    Fax No: 09-255 7858
    E-mel: bera[at]jkr.gov.my

  • JKR Daerah Bentong

    Jabatan Kerja Raya Daerah Bentong
    Kg. Baru
    28700 Bentong
    Pahang Darul Makmur.

    Telefon: 09-222 4040
    Fax No: 09-222 7961
    E-mel: bentong@jkr.gov.my

  • JKR Daerah Raub

    Jabatan Kerja Raya Daerah Raub
    Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
    27600 Raub
    Pahang Darul Makmur.

    Telefon: 09-355 4040
    Fax No: 09-355 5718
    E-mel: raub@jkr.gov.my

  • JKR Daerah Lipis

    Jabatan Kerja Raya Lipis
    Kompleks Pejabat Kerajaan
    27200 Kuala Lipis
    Pahang Darul Makmur.

    Telefon: 09-312 4040, 09-312 4041
    Fax No: 09-312 1564
    E-mel: kualalipis@jkr.gov.my

  • JKR Cameron Highlands

    Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands
    Tanah Rata
    39000 Cameron Highlands
    Pahang Darul Makmur.

    Telefon: 05-491 1105
    Fax No: 05-491 5105
    E-mel: chighlands@jkr.gov.my

Permohonan Latihan Industri & Sangkutan Industri

Pemohonan ini adalah untuk pelajar atau pegawai yang ingin mengikuti Latihan Industri (Industrial Training) / Sangkutan Industri (Industrial Attachment) di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Pahang dan Jabatan Kerja Raya Daerah.

Permohonan Latihan Industri (Industrial Training) / Sangkutan Industri (Industrial Attachment) adalah dibuka kepada pelajar–pelajar yang sedang mengikuti pengajian sama ada pada peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan/ dalam negara.

Pelajar–pelajar yang sedang mengikut pengajian peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana tanpa sebarang tajaan (sama ada tajaan oleh pihak Agensi Kerajaan, Swasta dan lain–lain) perlu mengemukakan permohonan Latihan Industri (Industrial Training) secara dalam talian (online) melalui Sistem Pengurusan Permohonan Latihan Industri Jabatan Kerja Raya Malaysia yang boleh dicapai melalui pautan https://internship.jkr.gov.my/.

Manakala pelajar–pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Sijil (sama ada dengan tajaan atau tanpa tajaan) serta pengajian peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana (dengan/ mempunyai tajaan) permohonan perlu dikemukakan terus ke Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal/ Elektrik Negeri Pahang dan Jabatan Kerja Raya Daerah (mengikut organisasi yang ingin dimohon penempatan Latihan Industri) tanpa perlu mengemukakan permohonan melalui Sistem Pengurusan Permohonan Latihan Industri Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Bagi permohonan Sangkutan Industri pula (sama ada dengan tajaan atau tanpa tajaan), permohonan perlu dikemukakan terus kepada pihak Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia sama ada melalui secara manual atau secara dalam talian (online) ke alamat sebagaimana yang dinyatakan berikut :

Alamat : Ketua Pengarah Kerja Raya
Jabatan Kerja Raya Malaysia
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Tingkat 30, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin
50480 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Emel : kompetensi[at]jkr.gov.my

Para pelajar atau pegawai perlu memastikan permohonan untuk mengikuti Program Latihan Industri/ Sangkutan Industri dikemukakan ke Jabatan berkenaan selewat–lewatnya tiga (3) bulan sebelum tarikh Program Latihan Industri/ Sangkutan Industri bermula dan disertakan dengan dokumen–dokumen permohonan sebagaimana yang dinyatakan berikut :

  1. surat permohonan menjalani Latihan Industri / Sangkutan Industri daripada pihak Institusi/ Universiti (permohonan tanpa surat daripada pihak pengurusan Institusi/ Universiti tidak akan dipertimbangkan);
  2. ringkasan latar belakang pelajar (resume/ curriculum vitae) yang terkini; dan
  3. transkrip akademik yang lengkap (semester pertama sehingga yang terkini).

Penjelasan atau maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh diperoleh dengan menghubungi warga kerja daripada Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang sebagaimana yang dinyatakan berikut:

(1.) Nama : Puan Norena Binti Nor Azidi Sabri
Talian Pejabat : 09-571 7000 Sambungan 7033
Emel : norena[at]pahang.gov.my
(2.) Nama : Puan Juliana Binti Mubin
Talian Pejabat : 09-571 7000 Sambungan 7031
Emel : julianamubin[at]pahang.gov.my