KURSUS SISTEM LATIHAN DAN FASILITI CREaTE JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG

Kursus Prosedur Pengurusan Kompetensi, Latihan & Kesedaran

Kuantan – Pada 16 dan 17 Ogos 2022 telah diadakan Kursus Sistem Latihan Dan Fasiliti CREaTE Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang bertempat di Bilik Komputer, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Pahang, Kuantan. Kursus ini telah disampaikan oleh Cik Nur Maira Adila Binti Othman, Jurutera Awam, Bahagian Korporat, JKR Pahang dan dibantu oleh Puan Zariah Binti Jumain. Peserta kursus terdiri daripada Pegawai Pembangunan Kompetensi Latihan Bahagian, Cawangan dan Daerah.

Sistem Latihan CREaTE merupakan satu sistem bagi pengurusan latihan dan kursus bagi kakitangan JKR yang mana ianya juga merupakan medium pemantauan kehadiran kursus. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan semua penyelaras dalam menggunakan Sistem Latihan CREaTE. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberikan penerangan berkaitan tatacara penggunaan borang SPB, Prosedur Pengurusan Kompetensi, Latihan dan Kesedaran (JKR.PK(P).09).

Justeru itu, kursus ini secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai satu platform sesi perbincangan serta perkongsian dua hala antara Penyelaras Latihan JKR Negeri Pahang dan PPKL Bahagian, Cawangan dan Daerah. Semoga dengan adanya kursus ini dapat meningkatkan peratusan kehadiran kursus bagi mencapai KPI Pengarah JKR Negeri Pahang untuk tahun 2022.

1617082022-01
1617082022-02