KURSUS PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) JKR NEGERI PAHANG TAHUN 2022

Main Sispa 01

Pada 26 dan 27 Julai 2022 telah diadakan Kursus Sistem Pengurusan Pengaduan Awam (SISPAA) JKR Negeri Pahang bertempat di Makmal Komputer, Perpustakaan Awam Negeri Pahang, Kuantan. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad Nasrullah bin Abdul Halim, Penolong Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Pahang dan dibantu oleh Encik Bo Yamin Bin Isa. Peserta kursus terdiri daripada Penyelaras Aduan Cawangan, Bahagian dan Daerah.

Sistem SISPAA telah digunakan secara meluas di seluruh JKR termasuk JKR Negeri Pahang bermula pada 1 Mei 2021 bagi menggantikan sistem aduan sebelum ini, iaitu sistem JKR Care. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan semua penyelaras dalam menggunakan sistem SISPAA. Selain itu, memberikan pengetahuan dalam penggunaan borang SPB yang terlibat bagi Prosedur Komunikasi, Aduan dan Kepuasan Pelanggan, JKR.PK(P).11 dalam sistem SISPAA.

Melalui kursus ini juga secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai satu platform sesi perbincangan serta perkongsian dua hala antara JKR dan pihak BPA. Semoga dengan adanya kursus ini dapat meningkatkan tahap pengurusan aduan JKR Negeri Pahang dalam penyampaian kepada masyarakat amnya.

SISPA 02
SISPA 05
SISPA 03
SISPA 06