KUNJUNGAN HORMAT EXCO KERJA RAYA, PENGANGKUTAN DAN KESIHATAN NEGERI PAHANG BERSAMA JKR PAHANG KE PEJABAT MENTERI KERJA RAYA, KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

13082024 - Kunjungan Hormat ke Pej Menteri Kerja Raya

Satu sesi Kunjungan Hormat EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang ke Pejabat Menteri Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya Malaysia telah diadakan pada 13 Ogos 2024 jam 3.00 petang. Sesi Kunjungan Hormat ini diketuai oleh YB. Dato’ Ir. Razali bin Kassim, DIMP., EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Turut hadir pada sesi ini adalah YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya JKR Negeri Pahang, Encik Azrul bin Bakhtiar, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi SUK Pahang dan pegawai-pegawai JKR Pahang.

Kunjungan hormat ini telah disambut dengan mesra oleh YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya seterusnya mempengerusikan sesi perbincangan bersama di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Kompleks Kerja Raya. Sesi perbincangan ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Jabatan Kerja Raya serta pegawai-pegawai kanan KKR dan JKR Malaysia.

Sesi kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa serta cadangan pelaksanaan projek-projek jalan raya yang menjadi keutamaan di Negeri Pahang. Adalah diharapkan sesi ini dijadikan satu platform yang efektif bagi menyelesaikan isu-isu infrastruktur jalan selaras dengan kemajuan pembangunan di Negeri Pahang.

Kunjungan Hormat ke Pej Menteri Kerja Raya -002
Kunjungan Hormat ke Pej Menteri Kerja Raya -003
Kunjungan Hormat ke Pej Menteri Kerja Raya -004