AUDIT PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.

Audit SIRIM QAS 2025

Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah dijalankan selama 4 hari bermula pada 10 Mac 2025 hingga 13 Mac 2025. Audit ini telah dilaksanakan di Ibu Pejabat JKR Pahang, JKR Daerah Kuantan, JKR Daerah Bentong dan JKR Daerah Raub.

Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 telah dipengerusikan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang pada 10 Mac 2025 jam 10.30 pagi di Bilik Mesyuarat Anggerik, Tingkat 13 Kompleks Tun Razak (KOMTUR) manakala Mesyuarat Penutup Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 pula telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Hj. Rosnan Bin Hussin, AAP., AMP. Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang pada 13 Mac 2025 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Tingkat 13, Kompleks Tun Razak (KOMTUR).

Tujuan audit ini adalah bagi melaksanakan Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2015) bagi menilai pematuhan berterusan di dalam sistem pengurusan kualiti mengikut keperluan standard yang ditetapkan. Skop yang terlibat adalah :

  1. Perkhidmatan Perundingan Teknikal Dan Pengurusan Projek Bagi Projek-Projek Pembangunan Infrastruktur Kerajaan
  2. Perkhidmatan Pengurusan Penyenggaraan Bagi Aset Bangunan Dan Infrastruktur Kerajaan

Diharapkan audit yang telah dilaksanakan pada kali ini dapat meningkatkan lagi pematuhan ke atas SPK sedia ada dan penambahbaikan yang berterusan dapat dilaksanakan bagi mencapai prestasi dan objektif Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di JKR Pahang

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah memberi komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan audit tersebut serta terima kasih kepada pasukan audit di atas segala teguran dan cadangan penambahbaikan yang diberikan

Audit SIRIM QAS 001 di KOMTUR
Audit SIRIM QAS 001 di JKR Kuantan
Audit SIRIM QAS 001 di JKR Bentong
Audit SIRIM QAS 001 di JKR Raub
Audit SIRIM QAS 001 di KOMTUR