AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) PREMIS JKR MALAYSIA 2024

06022024_AUDIT_KKP_JKR_MALAYSIA

Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh JKR Malaysia telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 06 hingga 08 Februari 2024 di JKR Negeri Pahang. Tujuan audit ini dilaksanakan adalah bagi menilai pematuhan terhadap akta berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Pejabat yang terlibat dengan auditan adalah:

  1. Premis JKR Pahang, KOMTUR
  2. JKR Daerah Temerloh

Mesyuarat Pembukaan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) ini telah dipengerusikan oleh YBrs.  Ir. Nor Azlina Binti Kasim selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Premis JKR Temerloh pada 06 Februari 2024 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat JKR Daerah Temerloh.

Pengerusi berharap agar audit yang dilaksanakan dapat meningkatkan lagi pematuhan akta berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) bagi memantapkan lagi organisasi JKR Negeri Pahang yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan dan kepakaran teknikal tetapi juga dengan memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di JKR Pahang dilaksanakan secara efektif dengan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan misi, visi dan objektif ke arah membudayakan sistem kerja yang selamat dan sihat dari semasa ke semasa.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah memberi komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan audit tersebut serta terima kasih kepada pasukan audit di atas  segala teguran dan cadangan penambahbaikan yang diberikan.

06022024_AUDIT_KKP_JKR_MALAYSIA02
06022024_AUDIT_KKP_JKR_MALAYSIA03