AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) PREMIS JKR MALAYSIA

01

Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) oleh JKR Malaysia telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 20 hingga 21 Mac 2023 di JKR Negeri Pahang. Tujuan audit ini dilaksanakan adalah bagi menilai pematuhan terhadap akta berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Pejabat yang terlibat dengan auditan adalah:

  1. Premis JKR Pahang, Kompleks Tun Razak (KOMTUR)
  2. JKR Daerah Maran

Mesyuarat Pembukaan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Haji Rosnan Bin Hussin, AAP., AMP., Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang pada 20 Mac 2023 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Anggerik, Tingkat 13, KOMTUR.

Pengerusi berharap agar audit yang dilaksanakan dapat meningkatkan lagi pematuhan akta berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memantapkan lagi organisasi JKR Negeri Pahang yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan dan kepakaran teknikal tetapi juga dengan memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di JKR Pahang dilaksanakan secara efektif dengan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan misi, visi dan objektif ke arah membudayakan sistem kerja yang selamat dan sihat dari semasa ke semasa.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah memberi komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan audit tersebut serta terima kasih juga kepada pasukan audit di atas segala teguran dan cadangan penambahbaikan yang diberikan.

02
05
04