Dengan ini dimaklumkan bahawa Pasukan Projek Membina Persimpangan Bertingkat Panching, Jalan Kuala Lumpur – Kuantan (FT02)akan membuat penutupan sementara Lampu Isyarat di Persimpangan Jalan Kuantan – Kuala Lumpur (FT02) ke Sg. Panching Utara (FT1490) bagi melancarkan aliran trafik sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2026.
Lokasi: Persimpangan Jalan Kuantan – Kuala Lumpur (FT02) / Sg. Panching Utara (FT1490)
Tarikh: 17hb Mac 2026 (Selasa) – 24hb Mac 2026 (Selasa)
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi papan tanda trafik yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 011-26485329
Berhati-hati di jalanraya, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Kerjasama semua pengguna jalanraya amat dihargai.
Sumber : FB JKR Daerah Kuantan





