KUANTAN, 15 Januari 2026 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah melaksanakan Majlis Penyampaian Anugerah Tokoh JKR Pahang Sesi 2/2025 bagi menghargai dedikasi dan komitmen luar biasa warga kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Daerah Kuantan. Sesi penganugerahan kali ini menyaksikan tiga (3) orang kakitangan daripada pelbagai latar belakang kepakaran dan daerah dipilih sebagai penerima tokoh berdasarkan kategori masing-masing seperti yang berikut:
Penganugerahan ini bukan sekadar simbolik penghargaan, malah merupakan pengiktirafan terhadap integriti, kualiti kerja, dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh para penerima dalam memastikan setiap projek dan tugasan di daerah masing-masing disempurnakan dengan cemerlang. Pihak pengurusan JKR Pahang berharap agar pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja JKR untuk terus berusaha meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan jabatan demi kesejahteraan negeri Pahang.
“TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA”.



