YAB MENTERI BESAR PAHANG RASMI FASILITI KLINIK DESA TANJUNG GAHAI

26122026 YB menteri Besar Pahang Rasmi Fasiliti Klinik Desa Gahai

LIPIS, 26 Disember 2025, Jumaat – YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Desa Tanjung Gahai, Lipis, seterusnya merasmikan fasiliti klinik desa baharu yang telah dibina dan disiapkan oleh JKR Lipis.

Dalam lawatan tersebut, YAB Menteri Besar turut menjalani pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Pegawai Kesihatan bertugas dengan penuh profesionalisme dan dedikasi, sekali gus mencerminkan tahap kesiapsiagaan serta kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di fasiliti kesihatan ini.

Program ini turut dihadiri oleh YB Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Pegawai Daerah Lipis, Pegawai Kesihatan Daerah Lipis dan Jurutera Daerah JKR Lipis.

Diharap dengan siapnya Klinik Desa Tanjung Gahai yang serba moden, selesa dan selamat ini, dapat meningkatkan taraf kesihatan penduduk Kampung Tanjung Gahai serta kawasan sekitarnya di samping memudahkan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti, khususnya bagi komuniti luar bandar.

26122026 YB menteri Besar Pahang Rasmi Fasiliti Klinik Desa Gahai 005