Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Klinik Dan Fasiliti Daif Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Klinik Desa Ulu Jempol, Maran pada 23 Disember 2025.
Majlis ini melibatkan penyerahan 16 projek iaitu pertama, Kerja Meroboh Dan Membina Baru Klinik Kesihatan Dan Klinik Desa Di 5 Daerah Di JKR Pahang (8 projek) dan yang kedua Kerja Naiktaraf Klinik Kesihatan Dan Pergigian Di 5 Daerah Di JKR Pahang (8 projek).
Kontraktor-kontraktor yang dipilih telah menerima surat setuju terima bermula pada bulan April 2025 dan telah siap sepenuhnya dalam tahun 2025 dengan nilai kos projek keseluruhan bernilai RM14,750,000.00. Projek-projek ini merupakan inisiatif quick wins iaitu projek segera yang perlu disiapkan dalam tahun semasa bagi menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada kakitangan kesihatan serta penduduk negeri Pahang.
Klinik-klinik yang terlibat dalam penyerahan projek Projek Pembaikan Klinik Dan Fasiliti Daif Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2025 Di Negeri Pahang adalah:-
- Kerja Naik Taraf Klinik Kesihatan Jengka 7 Dan Kerja-Kerja Lain yang Berkaitan;
- Kerja Naik Taraf Klinik Kesihatan Pekan Awah Dan Kerja-kerja Lain yang Berkaitan;
- Kerja-Kerja Roboh & Bina Semula Bangunan Klinik Desa Ulu Jempol dan Kerja-Kerja Lain yang Berkaitan;
- Kerja-Kerja Roboh & Bina Semula Bangunan Klinik Desa Penderas, Temerloh Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan;
- Kerja-Kerja Roboh & Bina Semula Bangunan Klinik Desa Tanjung Gahai, Lipis Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan;
- Kerja Naik Taraf Klinik Kesihatan Jeruas, Raub Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan;
- Kerja-Kerja Roboh & Bina Semula Bangunan Klinik Desa Kota Bahagia, Rompin dan Lain-Lain Kerja Berkaitan;
- Kerja-Kerja Roboh & Bina Semula Bangunan Klinik Desa Keratong 3, Rompin dan Lain-Lain Kerja Berkaitan;
- Kerja Naik Taraf Klinik Kesihatan Padang Piol, Jerantut Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan;
- Kerja Naik Taraf Klinik Kesihatan Bandar 32 Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan;
- Kerja Naik Taraf Klinik Kesihatan Jengka 8, Jerantut Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan;
- Kerja Naik Taraf Klinik Kesihatan Lurah Bilut Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan;
- Kerja Naik Taraf Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan;
- Kerja Naik Taraf Klinik Kesihatan Gambang, Kuantan Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan;
- Kerja Naik Taraf Klinik Pergigian Bukit Goh, Kuantan Dan Kerja-Kerja Berkaitan; dan
- Kerja Naik Taraf Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Rompin Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan.
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Haji Sharif, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Selain itu, majlis turut dihadiri oleh barisan Jurutera-Jurutera Daerah, pegawai-pegawai dari JKR Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Pejabat Kesihatan Daerah,warga Klinik Kesihatan dan Klinik Desa yang terlibat dan wakil-wakil kontraktor.
Kehadiran pihak-pihak berkaitan dalam majlis turut membuktikan sokongan padu dan komitmen semua pihak terhadap kejayaan pelaksanaan projek ini. Usaha bersama ini diharapkan dapat memberikan impak positif, khususnya dalam meningkatkan kualiti kemudahan kesihatan serta mewujudkan persekitaran rawatan dan khidmat kesihatan yang lebih selesa dan kondusif kepada warga kakitangan kesihatan serta penduduk Negeri Pahang.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada JKR (D) Maran, JKR (D) Kuantan, JKR (D) Temerloh, JKR (D) Bentong, JKR (D) Raub, JKR (D) Lipis, JKR (D) Bera,JKR (D) Jerantut, JKR (D) Rompin, kontraktor-kontraktor serta semua pihak yang terlibat atas usaha gigih dan kerjasama erat dalam menjayakan pelaksanaan serta penyiapan projek ini.
Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bermula dari peringkat perancangan sehinggalah ke penyerahan projek.















