13 Oktober 2025 – Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 yang berlangsung di Jerantut, Pahang telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat. Majlis turut dihadiri oleh YAB. Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
Sebagai Jawatankuasa Logistik dan Persiapan Tempat, JKR Jerantut turut berperanan penting dalam menjayakan program ini. JKR Jerantut juga mengambil bahagian dalam Pameran Siaga – Aset & Jentera Penyelamat, dengan mempamerkan sebuah jentolak (shovel) dan sebuah jengkaut (backhoe) sepanjang dua hari program berlangsung.
Turut serta dalam pameran reruai ialah tiga cawangan dari Ibu Pejabat JKR Malaysia, iaitu:
- Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ)
- Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC)
- Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM)
Ketiga-tiga cawangan ini mempamerkan pelbagai sistem dan maklumat berkaitan persiapan serta pengurusan bencana.
Majlis berlangsung dengan meriah dengan kehadiran ramai pengunjung disamping dapat meningkatkan kesedaran orang awam tentang pentingnya kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan turut menjayakan acara ini
Sumber: FB JKR Daerah Jerantut





