10 Oktober 2025 ( Jumaat ) – Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Baharu Kantin Dan Lain-Lain Kemudahan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari, Bentong, Pahang telah diadakan di Tapak Pembinaan Projek.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah JKR Daerah Bentong, Ir. Mohd Rozaiman Bin Sulaiman dan En. Shahrum Bin Md Saud, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan Dan Pengurusan Sekolah 1, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Turut hadir dalam majlis ini, Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Pejabat Negeri 4 (Pahang), Cawangan Kerja Pendidikan, Ir. Ts. Gs. Br. Pmr. Abdul Rashid Bin Sulong, Arkitek Penguasa JKR Pahang, Ar. Mohammad Effendi Bin Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, En. Hanifah Bin Haji Veerankutty, Pengetua Sekolah SMK Ketari, Pn. Hilmun Binti Mohamad serta Pegawai-Pegawai daripada JKR, PPD dan Tenaga Pengajar Sekolah SMK Ketari.
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional oleh Bahagian Pejabat Negeri 4 (Pahang), Cawangan Kerja Pendidikan selaku Head Of Project Team (HOPT), serta Jurutera Daerah JKR Daerah Bentong telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor YAR Builders dengan kos projek sebanyak RM 2,951,744.23.
Antara skop utama projek ini adalah membina baru Satu (1) blok bangunan baharu kantin 2 tingkat, Ruang dapur, Ruang makan guru dan murid, Tandas lelaki dan perempuan, Kedai koperasi, Laluan OKU dan kerja-kerja meroboh bangunan kantin lama serta kemudahan-kemudahan lain.
Dengan siapnya projek ini, ia memberi keselesaan kepada hampir 400 pelajar khususnya dan tenaga pengajar amnya dan mendatangkan persekitaran yang lebih sihat dan selamat serta kondusif kepada pengguna.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jurutera Daerah JKR Bentong selaku Pegawai Penguasa Projek, JKR Negeri Pahang, Ketua Pasukan Projek (HOPT), Ketua Bahagian Rekabentuk (HODT), Pasukan Projek JKR Bentong, Kementerian Pendidikan Malaysia selaku pelanggan projek, kontraktor YAR Builders seterusnya semua pihak yang telah berusaha gigih dan memberikan komitmen serta kerjasama yang padu dalam penyiapan projek ini.
Sumber: FB JKR Daerah Bentong





