MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBAIKAN CERUN DAN JALAN DARI KG. TUIT KE KG. MAT DALING, JERANTUT PAHANG

10092025 Penyerahan Pembaikan Cerun dan Jalan Jerantut

10 SEPTEMBER 2025 – Majlis Penyerahan Projek “Pembaikan Cerun Dan Jalan Dari Kg. Tuit ke Kg. Mat Daling, Jerantut Pahang” di Pejabat Tapak Projek Kiara Kilat Sdn Bhd.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dan Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun Ibu Pejabat JKR Malaysia, Ir. Mohd Shaifuddin Bin Abd. Razak. Turut hadir dalam majlis ini adalah Jurutera JKR Daerah Jerantut, Ir. Adly bin Dasril dan Jurutera Jalan, Ir. Azranasmarazizi bin Ayob.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara konvensional dalaman serta Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang sebagai Pegawai Penguasa dan Jurutera Daerah JKR Jerantut selaku Wakil Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Projek ini telah dilaksanakan oleh kontraktor utama Kiara Kilat Sdn. Bhd. dengan kos semasa projek sebanyak RM 35,578,531.08.

Antara skop utama projek ini adalah kerja-kerja tanah, membina jalan baru sepanjang 0.8km, membina perparitan, membina tembok penahan, pemulihan dan pengukuhan cerun.

Selain berjaya disiapkan mengikut skop dan kualiti yang ditetapkan, projek ini turut merekodkan pencapaian yang membanggakan. Antaranya ialah:

  1.  Projek ini telah memperoleh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang mengesahkan keseluruhan kerja telah disempurnakan dengan jayanya;
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawings) yang lengkap telah disediakan untuk memastikan rekod teknikal projek dapat dirujuk oleh pihak berkepentingan pada masa hadapan;
  3. Projek ini juga telah mencapai markah 98.26% dalam penilaian Sistem Penilaian Kualiti Kerja Pembinaan (SPKKP), sekali gus membuktikan tahap mutu kerja yang amat cemerlang;
  4. Projek ini telah meraih Anugerah Tertinggi SHASSIC 2023, satu pengiktirafan berprestij dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  5. Sepanjang pelaksanaan kerja, projek ini berjaya mengekalkan rekod Zero Kemalangan serta Zero Loss Time Injury (LTI), suatu pencapaian yang amat membanggakan bagi industri pembinaan.

Dengan siapnya projek ini, tiada lagi kerisauan bagi pengguna jalan yang melalui kawasan ini ketika musim tengkujuh. Selain itu, dapat memberikan kemudahan pengangkutan, meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna khususnya orang awam dan pelancong.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah selaku pelanggan projek, Pegawai Penguasa projek, Dato’ Pengarah Kerja Raya Pahang, Pasukan Projek JKR Jerantut, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Kontraktor Utama Kiara Kilat Sdn Bhd, seterusnya semua pihak yang telah berusaha gigih dan memberi komitmen serta kerjasama yang komited dalam menyiapkan projek ini.

Sumber: FB JKR Daerah Jerantut

10092025 Penyerahan Pembaikan Cerun dan Jalan Jerantut 002
10092025 Penyerahan Pembaikan Cerun dan Jalan Jerantut 003
10092025 Penyerahan Pembaikan Cerun dan Jalan Jerantut 004