Dimaklumkan bahawa Laluan FT432, Jalan Masuk Ke Stesen VHF Gunung Brinchang, Seksyen 0.00 hingga 2.70, Cameron Highlands DITUTUP SEPENUHNYA (Rujuk Gambar) kepada semua jenis kenderaan bermula 17 Mac 2025 sehingga 27 Mac 2025 Jam 10.00 Pagi hingga 6.00 Petang bagi kerja – kerja membaikpulih jalan dengan kaedah regulate & overlay dan lain – lain kerja berkaitan.
Mohon kepada semua pengguna agar berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut dan sila patuhi arahan papan tanda yang telah disediakan.
Kerjasama daripada semua amatlah dihargai. Segala kesulitan amatlah dikesali.
“KESULITAN HARI INI, UNTUK KESELESAAN DI MASA HADAPAN”.
Sekian, terima kasih.
Sumber : JKR Daerah Cameron Highlands

