LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (TKPKR) SEKTOR INFRA & KUNJUNGAN MESRA KE JKR DAERAH JERANTUT

Lawatan TPKR ke JKR Jerantut 06022025 001

06.02.2025, JERANTUT – YBrs Ir. Mohd Shahrom Bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Infra telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau kemajuan projek infra di daerah Jerantut. Antara projek yang dilawati ialah Kerja Pembaikan Cerun & Jalan dari Kg.Tuit ke Kg. Mat Daling serta Projek Jalan Pintas Ke Kuala Tembeling Dari Jerantut Ferry.

Seterusnya beliau telah meluangkan masa berkunjung ke pejabat JKR Daerah Jerantut untuk beramah mesra bersama warga JKR Daerah Jerantut. Beliau turut sempat menyampaikan amanat dan memberikan kata-kata semangat agar warga JKR Daerah Jerantut sentiasa dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah dan integriti.

Terima kasih atas kunjungan YBrs Ir. Mohd Shahrom Bin Ahmad Saman yang menjadikan JKR Daerah Jerantut sebagai daerah pertama dilawati sejak beliau mula menggalas tanggungjawab sebagai TKPKR (Sektor Infra).

Sumber : JKR Daerah Jerantut

Lawatan TPKR ke JKR Jerantut 06022025 002
Lawatan TPKR ke JKR Jerantut 06022025 003
Lawatan TPKR ke JKR Jerantut 06022025 004