KURSUS PERTOLONGAN CEMAS – FIRST AIDER ANJURAN JKR NEGERI PAHANG

20282024 - FIRST AIDER

Kursus Pertolongan Cemas – First Aider anjuran JKR Negeri Pahang telah dilaksanakan pada 20 dan 21 Ogos 2024 bertempat di Dewan Kuliah, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri, Jalan Kemunting 2, Tanah Putih Kuantan dengan penglibatan seramai 51 orang peserta dari pelbagai gred lantikan di JKR Negeri Pahang. Kursus ini telah disampaikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pahang.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta berkaitan bantuan segera atau rawatan awal kecemasan yang diberikan untuk orang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah.

Semoga dengan adanya kursus ini dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan peserta dalam memberikan bantuan dan pertolongan cemas.

20282024 - FIRST AIDER02
20282024 - FIRST AIDER03
20282024 - FIRST AIDER03
20282024 - FIRST AIDER05