KURSUS SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG TAHUN 2024

31072024 KURSUS SISPAA

Pada 31 Julai 2024 dan 01 Ogos 2024 telah diadakan Kursus Sistem Pengurusan Pengaduan Awam (SISPAA) JKR Negeri Pahang bertempat di Makmal Komputer, Jabatan Matematik, Sains & Komputer, POLISAS, Kuantan. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad Nasrullah bin Abdul Halim, Penolong Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Pahang dan dibantu oleh Encik Bo Yamin Bin Isa. Peserta kursus terdiri daripada Penyelaras Aduan Cawangan, Bahagian dan Daerah.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan semua penyelaras dalam menggunakan sistem SISPAA. Melalui kursus ini juga secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai satu platform sesi perbincangan serta perkongsian dua hala antara JKR dan pihak BPA. Semoga dengan adanya kursus ini dapat meningkatkan tahap pengurusan aduan JKR Negeri Pahang dalam penyampaian kepada masyarakat amnya.

31072024 KURSUS SISPAA 03
31072024 KURSUS SISPAA 02
31072024 KURSUS SISPAA 04