PENUTUPAN JALAN SUSUR MASUK KE PERSIMPANGAN JALAN PINTASAN BUKIT SETONGKOL DARI JALAN TANAH PUTIH (FT 002)

Dengan ini dimaklumkan bahawa jalan susur masuk ke Persimpangan Jalan Pintasan Bukit Setongkol Dari Jalan Tanah Putih (FT 002) akan ditutup kepada semua pengguna jalan raya bagi tujuan kerja-kerja pengalihan utiliti, penanaman cerucuk, pembinaan longkang dan pelebaran jalan untuk Projek Pembinaan Sebuah Jambatan Baru Merentasi Sungai Kuantan Menghubungkan Bandar Kuantan Ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur, Pahang (Membina Flyover Dari Persimpangan Bukit Setongkol Ke Kemunting, Jalan Kuantan – Gambang) akan dilaksanakan bermula seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 01 Mei 2021 (8 pagi) hingga 31 Mei 2021 (8 malam)

Pengguna jalan raya dari Jalan Tanah Putih (FT 002) boleh menggunakan laluan alternatif bagi kenderaan ringan sahaja melalui jalan masuk ke Medan Warisan untuk :-

Ke Jalan Bukit Setongkol / Cenderawasih
– Jalan Seri Teruntum 1
– Lorong Seri Teruntum 17
– Lorong Seri Teruntum 18

Ke Misha Nursery Dan Rumah Persendirian
– Jalan Seri Teruntum 1
– Lorong Seri Teruntum 21
– Lorong Seri Teruntum 32

Semua pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi papan tanda arah yang disediakan serta pandu dengan cermat. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan.

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan.
jalan susur masuk ke Persimpangan Jalan Pintasan Bukit Setongkol Dari Jalan Tanah Putih (FT 002) akan ditutup