Bahagian Kontrak & Ukur Bahan
Fungsi Bahagian Kontrak & Ukur Bahan
Memastikan Perkhidmatan Kepakaran Ukur Bahan Sentiasa Effektif Dalam Melicinkan Pengurusan Tender Dan Pentadbiran Kontrak Selaras Dengan Dasar Perolehan Kerajaan Dalam Perkara Berikut :
a) Pengurusan Tender/ Sebutharga.
b) Pentadbiran Kontrak.
Di antara fungsi utama Bahagian Kontrak & Ukur Bahan ialah:-
1. Pra Kontrak
la merupakan tugas-tugas di peringkat awal tender sehingga kontrak bagi tender tersebut ditandatangani. Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan diperingkat ini adalah
- Menjadi urus setia kepada penutupan dan pembukaan tender.
- Menyedia dan menyemak Dokumen Meja Tender dan Dokumen Tender.
- Menjual dokumen-dokumen tender kepada kontraktor yang berkelayakan
- Menyediakan dan menyemak anggaran kos projek.
- Memproses pengeluaran iklan dan memanggil tender-tender secara terbuka, selektif dan runding terus.
- Menyediakan laporan tender.
- Menyediakan Surat Setuju Terima Tender
2. Pos – Kontrak
- Melaksanakan Audit Teknikal bagi semua dokumen-dokumen Pos Kontrak sehingga Perakuan Muktamad.
- Menjadi Urus setia Pelantikan Jurukur Tanah dan Perunding-Perunding, Urus setia Perubahan Kerja, Urus setia Sebut harga dan Urus setia Perolehan Melalui Kontrak.
- Menjadi Wakil Pegawai Penguasa (Ukur Bahan) Bagi sesetengah projek.
- Menilai dan memperakukan Tuntutan Kontraktor.
- Memberikan Khidmat Nasihat tentang Pengurusan KontrakMenyediakan Surat Setuju Terima Tender
Alamat Perhubungan
Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Pahang
Tingkat 12, Kompleks Tun Razak
Bandar Indera Mahkota
25582 Kuantan, Pahang
Telefon: 09-571 7000
Fax: 09-573 2837