Taklimat Dan Lawatan Tapak Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya Ke Lokasi Bencana Di Negeri Pahang

Taklimat dan lawatan tapak YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya ke lokasi bencana di Negeri Pahang oleh Pengarah JKR Negeri Pahang pada 05 Disember 2021. Turut hadir adalah Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya dan rombongan.

Setelah selesai taklimat di JKR Negeri Pahang, Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof melawat lokasi cerun runtuh di Jalan KL-Kuantan (FT002, Seksyen 320), Kuantan, Pahang, yg berlaku 3 Jan 2021 akibat hujan berterusan. JKR sudah menjalankan kerja2 pembersihan & memasang papan tanda. Laluan dibuka separuh dan kerja2 pembaikan cerun oleh CKC akan dilaksanakan.

Lawatan Seterusnya adalah lokasi pertama kejadian keruntuhan cerun (road embankment) FT12 Lebuhraya Tun Razak, KM63 dan lokasi kedua di KM73 yang dilaporkan berlaku pada 1 Januari 2021, hari Jumaat.

Kedua-dua lokasi hakisan “road embankment” ini adalah di bawah Projek Menaiktaraf Laluan Persekutuan 12 (FR12) dari Gambang ke Segamat, Pahang. Kejadian hakisan “road embankment” di KM63 dan KM73 adalah berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak 31 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021 di mana di kedua-dua lokasi tersebut telah berlaku limpahan air dari pembentung ke permukaan pavement jalan. Kejadian pertama dilaporkan pada 7.45 pagi manakala yang kedua dilaporkan pada 9.20 pagi.

Pihak JKR bersama kontraktor projek (Mulia Interlink Constructions Sdn Bhd) telah menjalankan pemasangan papan tanda makluman tanah runtuh serta kerja-kerja pembersihan di tapak kejadian.

Laluan tersebut dibuka separuh untuk semua jenis kenderaan, dan kerja-kerja pembaikan kekal oleh pihak kontraktor projek telah dimulakan dan dijangka siap pada pertengahan bulan Februari 2021.

Pada sebelah petang YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah membuat lawatan lokasi bencana petang ini dengan meninjau jalan banjir di FT82, Jalan Pekan-Batu Balik, Pekan, Pahang.