SAMBUTAN WELLNESS MONTH DI BAWAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT 2023 PERINGKAT JKR NEGERI PAHANG

Wellness Month 2023 001

Satu program kesihatan bagi Sambutan Wellness Month di peringkat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah diadakan pada 20 September 2023 bertempat di Dewan Bakawali, Tingkat 0 Bangunan Kompleks Tun Razak (KOMTUR). Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Suhaimi Bin Mokhtar selaku Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Premis KOMTUR, JKR Negeri Pahang.

Sambutan Wellness Month ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Kementerian Kesihatan Malaysia dalam merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera bagi memupuk semangat solidariti demi kesejahteraan kesihatan rakyat Malaysia. Disamping itu juga, ini adalah satu platform terbaik untuk semua warga kerja JKR Pahang dalam mengamalkam gaya hidup sihat dan menjadikan persekitaran sihat sebagai satu budaya di tempat kerja masing-masing.

Semoga program pada kali ini dapat melahirkan warga kerja yang sentiasa sihat sejahtera serta dapat memupuk semangat berpasukan di antara satu sama lain dalam membudayakan amalan sihat sepanjang masa. Syabas dan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja JKR Pahang di atas komitmen dan kerjasama yang erat dalam menjayakan program ini.

Wellness Month 2023 002
Wellness Month 2023 003