Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 telah diadakan pada 31 Ogos 2022 bertempat di Padang MBK 4 Kemunting, Kuantan. Tema Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah #Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang tidak ketinggalan untuk turut serta dalam memeriahkan sambutan tersebut. Dengan kekuatan anggota seramai 35 orang pegawai yang diketuai oleh Ir. Ts. Mejar Bersekutu Pertahanan Awam Mohd Sably Bin Abdul Latiff telah berjaya merangkul Naib Johan Kategori Kontinjen Pengurusan.
Tahniah dan syabas kepada Kontinjen JKR Pahang dan semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan.