SALAM PERSARAAN Ir. HAJI ABU BAKAR BIN MD SIDEK, SAP., SMP., AMP., PENGURUS BESAR KANAN PEMBINAAN, PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN NEGERI PAHANG

thmb_Ir_abu bakar

SALAM PERSARAAN

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir.  Haji Abu Bakar Bin Md Sidek, SAP., SMP., AMP., Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Pasukan Projek Persekutuan Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang yang telah bersara wajib sebagai penjawat awam pada 23 Ogos 2022.

YBrs. Ir.  Haji Abu Bakar Bin Md Sidek, SAP., SMP., AMP., telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1988.

Sepanjang perkhidmatan beliau selama 34 tahun, beliau telah berkhidmat di beberapa tempat, antaranya seperti yang berikut :

1988 – 1997 : Pembantu Teknik (Jentera) Tkt. Biasa, JPS Mekanikal Kuantan
1997 – 2003 : Jurutera Mekanikal Gred J3, JKR Workshop Negeri Pahang
2003 – 2005 : Jurutera Mekanikal Gred J41, Caw. Arkitek IP JKR – Unit Projek UIAM Kuantan
2005 – 2007 : Jurutera Mekanikal Gred J44, Caw. Kej Mekanikal IP JKR – Unit Projek UIAM Kuantan Pahang
2007 – 2011 : Jurutera Mekanikal Gred J48, Caw. Kej Mekanikal IP JKR – Unit Projek UIAM Kuantan Pahang
2011 – 2016 : Jurutera Mekanikal Gred J52, Caw. Pendidikan dan Pengajian Tinggi IP JKR – Unit Projek UIAM Kuantan Pahang
2016 – 2022 : Jurutera Mekanikal Gred J54, Pengurus Besar Kanan Pembinaan. PPPNP JKR Negeri Pahang

2003
Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Pahang – Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat – Ahli Mahkota Pahang (AMP).

2011
Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Keputeraan yang Ke-81 KDYMM Sultan Pahang – Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga – Setia Mahkota Pahang (SMP).

2018
Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Pahang – Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga – Setia Ahmad Shah Pahang (SAP).

2008
Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Keputeraan yang Ke-77 KDYMM Sultan Pahang – Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat – Ahli Mahkota Pahang (AMP).

2009
Mendapat Kelulusan sebagai Jurutera Profesional

Beliau telah mencurahkan jasa dan bakti yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau. Selamat maju jaya dan Selamat Bersara.