PROGRAM PEMANTAPAN JURUTERA AWAM 2026 (PPJA2026)

09022026-PPJA2026-001-003

09 FEBRUARI 2026, Isnin – Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang telah terpilih sebagai tuan rumah bagi Program Pemantapan Jurutera Awam Tahun 2026 (PPJA2026) yang telah diadakan di Swiss-belHotel Kuantan, Pahang. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya.

PPJA2026 diadakan bertujuan menjadi wadah pertemuan strategik, dan medan perbincangan yang berfokus kepada perkembangan kerjaya dan kompetensi Jurutera Awam JKR Malaysia. Program ini diisi dengan sesi dialog dan pembentangan yang akan memberikan input berkualiti kepada peserta.

Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang berterima kasih kepada Urus setia Disiplin Awam dan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan selaku Jawatankuasa Induk yang telah memberi kepercayaan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang dalam melaksanakan program ini.

Semoga input yang diperoleh dapat memberi impak kepada Jurutera Awam JKR Malaysia secara keseluruhan untuk memacu infrastruktur negara. Diharap sinergi kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

09022026-PPJA2026-001-003-001
09022026-PPJA2026-001-01-001
09022026-PPJA2026-010
09022026-PPJA2026-009
09022026-PPJA2026-004
09022026-PPJA2026-005
09022026-PPJA2026-007
09022026-PPJA2026-006
09022026-PPJA2026-008
09022026-PPJA2026-011