PENYERAHAN PROJEK MENYIAPKAN BAKI KERJA BAGI HOSPITAL BERA (40 KATIL) PAHANG, (PAKEJ 2 – KERJA BANGUNAN DAN KERJA-KERJA LAIN BERKAITAN)

285025909

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Hospital Bera (40 Katil) Pahang, Pakej 2 – Kerja Bangunan Dan Kerja-Kerja Lain Berkaitan telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Mei 2022 (Jumaat) bertempat di Lobi Blok A, Hospital Bera, Bera,Pahang.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (KPKR).Pada majlis ini, diadakan upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (KPKR) kepada YBhg. Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia yang disaksikan oleh SUB Bahagian Kanan Pembangunan KKM, TKP Sektor Bangunan JKR, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

Majlis diteruskan dengan penyerahan replika kad pintar oleh En. Che Wan Saufi Bin Dato’ Hj. Che Wan Mohammad Khalid, Pengarah Projek Marimas Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama projek ini kepada KPKR dan seterusnya kepada KSU KKM sebagai simbolik penyerahan bangunan hospital ini.

Majlis Penyerahan ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ar. IDr. Azman bin Md Hashim, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, YBrs. Ir. Hj Badioezaman bin Ab. Khalik, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, wakil-wakil HOPT, HODT yang terlibat dengan projek ini iaitu Cawangan Arkitek, Cawangan Ukur Bahan, Cawangan Elektrik, Cawangan Mekanikal serta kakitangan Pasukan Projek Persekutuan Negeri Pahang yang terlibat dengan projek ini.

Projek ini dilaksanakan secara Konvensional Perunding iaitu terdiri daripada Perunding Juruukur Bahan, Arkitek, Elektrik dan Sivil & Struktur. Skop kerja yang terlibat adalah Blok Utama Hospital Blok A, B, C dan D, 4 Blok Kuarters iaitu Kuarters semi-D, Kuarters F&G, Asrama Jururawat Sister. Disamping itu juga, dilengkapi oleh blok sokongan seperti rumah sampah, garaj ambulans, pondok pengawal, Blok Mekanikal & Elektrikal, chiller plant room, menara tangki air & tangki penyedut. Manakala bagi kemudahan awam telah disediakan taman permainan kanak-kanak, gelanggang sepaktakraw & bola tampar serta dewan serbaguna.

Projek ini berjaya disiapkan secara 7 dalam 1 iaitu:

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2. Lukisan Siap Bina
3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
4. Penjimatan Kos Projek sebanyak RM +- 1.2 Juta
5. Sifar Kemalangan Semasa Pembinaan
6. Operation & Manual Maintenance (O&M)
7. Perakuan Jabatan Bomba & Penyelamat Borang G8 & G9 Bagi Tujuan CCC

Matlamat utama pembinaan Hospital ini adalah memberikan kemudahan rmendapatkan rawatan kesihatan yang selesa serta cepat kepada penduduk Daerah Bera. Sebelum adanya hospital ini, penduduk setempat akan mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan iaitu Hospital Temerloh dan Hospital Jempol. Selain itu juga, dengan adanya hospital ini dapat meningkatkan taraf ekonomi setempat serta membuka peluang pekerjaan di kawasan sekitarnya.

Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Bahagian Pembangunan KKM, Bahagian Perancang KKM, Pasukan Coreteam JKNP, HOPT 2 Cawangan Kerja Kesihatan, semua HODT, Pasukan Projek Persekutuan Negeri Pahang, JKR Pahang ,para perunding yang terlibat serta kontraktor utama yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.

285011044
284185624
283526527