Penyerahan Projek Menaiktaraf Jalan Dari Kg. Chuat Ke Kg. Bukit Imam Sulong, Daerah Bera, Pahang

Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Jalan Dari Kg. Chuat ke Kg. Bukit Imam Sulong, Bera, Pahang telah diadakan pada 11 April 2021 (Ahad).

Majlis penyerahan ini telah dihadiri oleh YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan yang merupakan Ahli Parlimen Bera, Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali , Setiausaha Bahagian Prasarana, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Mohd A. Aruwan bin Ab Aziz, Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Pahang, Ir. Ahmad Azizi Bin Ismail, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Ir. Mohd Rozaiman Bin Sulaiman, Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Jalan, JKR Negeri Pahang dan Ir. Hj. Mohd Faizarudin Bin Haji Mohd Nor, Jurutera Daerah, JKR Daerah Bera, yang juga selaku Pegawai Penguasa Projek. Turut hadir sama pegawai daripada Kementerian Luar Bandar, Pegawai dan Kakitangan JKR Daerah Bera, kontraktor serta pasukan projek yang terlibat.

Projek ini bermula pada 14 Ogos 2019 dan telah berjaya disiapkan 4 bulan lebih awal berbanding jadual iaitu pada 15 Disember 2020 dengan kos projek RM3,007,110.00. Laluan ini merupakan laluan alternatif bagi pengguna dari Pantai Timur, terutama Pahang Barat ke selatan tanpa melalui Kuala Lumpur. Selain itu, ianya juga turut memberi manfaat kepada penduduk Orang Asli yang ramai menetap di kawasan berkenaan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada JKR Daerah Bera, pasukan projek, kontraktor dan semua yang terlibat dalam menyiapkan projek ini yang mana ianya memberi impak yang besar bukan sahaja kepada pengguna jalanraya malah penduduk setempat.

Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Jalan Dari Kg. Chuat ke Kg. Bukit Imam Sulong, Bera, Pahang