PENYERAHAN ASET BARU KENDERAAN DAN JENTERA JKR NEGERI PAHANG TAHUN 2023

ASET BARU 2023 01 JKR PAHANG

Pada 30 Oktober 2023, Satu sesi penyerahan aset baru kenderaan dan jentera JKR Negeri Pahang tahun 2023 kepada jurutera-jurutera daerah telah diadakan di perkarangan Lobi Utama Kompleks Tun Razak, Kuantan, Pahang.

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang selaku agensi yang mempunyai kepakaran dalam Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif telah dipertanggungjawabkan bagi Perolehan Kenderaan Logistik Bencana Alam Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang Tahun 2023.

Simbolik penyerahan aset baru kenderaan dan jentera tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, DIMP., yang diiringi oleh Timbalan Pengarah JKR Pahang, YBrs. Ir. Haji Rosnan bin Hussin, AAP., AMP. dan Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, Tuan Ir. Fadzlillah bin Mohamood. JKR Daerah yang menerima aset baru kenderaan dan jentera tersebut adalah terdiri daripada JKR Daerah Temerloh, JKR Daerah Jerantut, JKR Daerah Rompin, JKR Daerah Lipis dan JKR Daerah Cameron Highlands.

ASET BARU 2023 02 JKR PAHANG
ASET BARU 2023 03 JKR PAHANG
ASET BARU 2023 04 JKR PAHANG
ASET BARU 2023 05 JKR PAHANG
ASET BARU 2023 06 JKR PAHANG
ASET BARU 2023 07 JKR PAHANG