PEMAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SECARA BERPERINGKAT BAGI KERJA-KERJA PELANCARAN RASUK JAMBATAN DI JAMBATAN SG. JANGLAU, LALUAN FT003 JALAN KUANTAN-ENDAU

Dengan ini dimaklumkan bahawa jalan di laluan FT003 Jalan Johor Bahru – Kuantan, di Seksyen 179.70 Jambatan Sg. Janglau sepanjang 200m akan ditutup secara berperingkat bagi pelaksanaan kerja pelancaran rasuk jambatan baru Sg. Janglau, Rompin, Pahang. seperti ketetapan berikut :

​Tarikh​ :​ 02 Februari 2021

​Masa ​​ :​ 8.00 pagi – 7.00 petang (20 minit setiap jam secara berperingkat)

Sehubungan dengan itu, aliran trafik bagi semua pengguna jalan raya akan ditutup secara berperingkat kepada pengguna jalan raya bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan baru sungai janglau. Papan tanda pemberitahuan lencongan jalan akan dipasang sebagai makluman kepada pengguna jalan raya. Semua pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi papantanda arah dan menggunakan laluan altenatif bagi memastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Penutupan laluan FT003 Jalan Johor Bahru – Kuantan