Dimaklumkan bahawa kerja-kerja menggantikan jambatan Sungai Rawan, Jalan Kuantan – Chukai (FT03), Kuantan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Februari 2021 sehingga 23 Oktober 2021. (Tertakluk pada tempoh sebenar penyiapan projek)
Masa : Sehingga kerja pembinaan siap sepenuhnya dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, aliran trafik sediaada akan dilencongkan kejalan dan jambatan sediaada. Semua pengguna jalan raya adalah dingatkan untuk mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan serta memperlahankan kenderaan apabila melalui lokasi ini di sepanjang tempoh penutupan dan lencongan jalan ini. Pengguna jalanraya juga diminta untuk menggunakan jalan altenatif lain bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pembinaan.
Kerjasama sepenuhnya dari pengguna jalan raya amat diharapkan.