Pada 23 Ogos 2021 (Isnin), telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Akujanji bagi Projek-projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, IbuPejabat JKR Negeri Pahang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang kepada Kontraktor yang berjaya. Turut hadir sama, Encik Ruslan Bin Sulaiman, Juruukur Bahan Penguasa, Ir. Ts. Mohd Sably Bin Abdul Latiff, Jurutera Awam Kanan, Bahagian Korporat, dan Ir. Ts. Mohamad Dzakir Bin Ahmad Yusoff, Jurutera Daerah, JKR Daerah Raub.
Majlis Penyerahan SST dan Akujanji ini melibatkan 3 projek kepada Kontraktor yang berjaya iaitu:
BIL | NAMA PROJEK | KONTRAKTOR |
1. | Projek Kerja-Kerja Pemasangan Dan Penyelenggaraan Pagar Anticlimb dan Kerja Yang Berkaitan di Pusat Pemulihan Penagihan Dan Narkotik ‘Cure & Care’, Jerantut, Pahang. | Syarikat Jalan Terus Sdn. Bhd. dengan tempoh kontrak selama 68 minggu |
2. | Projek Kerja-Kerja Pembaikan Dan Penggantian Pagar Anticlimb dan Kerja-Kerja Berkaitan di CCRC Sg. Ruan, Raub, Pahang. | Syarikat K.A.Z Trading (M) Sdn. Bhd. dengan tempoh kontrak selama 54 minggu. Tarikh Milik Tapak adalah pada 1 September 2021 manakala Tarikh Jangka Siap pada 13 September 2022. |
3. | Projek Kerja-Kerja Pembaikan dan Penggantian Pagar Anticlimb Serta Kerja-Kerja Berkaitan di CCRC Raub, Kundang Patah, Raub, Pahang. | Syarikat Bersia Engineering Services (M) Sdn. Bhd. dengan tempoh kontrak adalah selama 44 minggu. Tarikh Milik Tapak adalah pada 1 September 2021 manakala Tarikh Jangka Siap pada 5 Julai 2022. |
Tahniah kepada syarikat-syarikat yang telah berjaya memperolehi SST tersebut. Semoga para kontraktor dapat menggunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya bagi memastikan projek dapat disiapkan dengan berkualiti, memenuhi spesifikasi serta masa dan kos yang telah ditetapkan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian kontrak disamping pematuhan SOP ditapak bina dipatuhi bagi mengekang penularan wabak Covid-19.