MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA TERBUKA BERBUMBUNG SEKOLAH DI NEGERI PAHANG

08112024 SST Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah di Negeri Pahang 001

Kuantan, 8 November 2024. Satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Aku Janji kepada kontraktor berjaya bagi Projek Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang, telah diadakan bagi projek sepertimana dibawah:

 

BIL PERKARA / PROJEK KONTRAKTOR
1. Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Temin AL-QARNI ENTERPRISE
2. Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sg. Koyan, Lipis SYUDY RESOURCES
3. Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Mahmud NYATA YAKIN CONSTRUCTION
4. Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Desa Bakti NM TEGUH BINA
5. Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Rompin PUNCAK JAYA ENGINEERING
6. Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Jengka Pusat 2 JALUR ULUNG SDN. BHD.
7. Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Indera Shahbandar IKIN ENGINEERING
8. Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SMK Kemayan SRI CEMARA ENTERPRISE
9. Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Felda Mempaga 2 TEKNICA ENTERPRISE
10. Pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang – SK Pandan FAMILY GROUP RESOURCES

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., dan diiringi oleh Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, kepada pihak kontraktor yang berjaya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur dan Perolehan Jabatan Pendidikan Pahang, Razahidi bin Abdul Hayet, Jurutera Awam Penguasa Bahagian Pejabat Negeri 4 (Pahang) Cawangan Kerja Pendidikan, Encik Bakhorizam Bin Ahmad Hafizi, semua Jurutera Daerah yang terlibat dan Juruukur Bahan Penguasa Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, Sr. Jaidi Bin Abd Raof.

Seterusnya pihak kontraktor melafazkan ikrar dan menandatangani Aku Janji yang bersaksikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dan Jurutera Daerah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek mengikut tempoh, kos dan kualiti yang telah ditetapkan

08112024 SST Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah di Negeri Pahang 002
08112024 SST Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah di Negeri Pahang 003