MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KERJA-KERJA MENAIKTARAF CERUN SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN PERSEKUTUAN RAUB, PAHANG

25052024 001

Majlis Penyerahan Projek tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Julai 2024 bertempat di Bilik Gerakan Aras 4, Bangunan Persekutuan Raub, Pahang.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan dengan simbolik tandatangan pada dokumen penyerahan projek oleh YBrs. Ir. Ts. Mohamad Dzakir Bin Ahmad Yusoff, Jurutera Daerah JKR Raub selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Encik Megat Harris Shah Bin Zahari, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (BPH, JPM) selaku wakil kepada pihak pelanggan bagi projek ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pn. Nor Azmira Binti Che Din Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementerian Kerja Raya Malaysia (BPF, KKR), En. Arifikwan Bin Mohd Sabri, Building Lindungan Sdn Bhd (BLSB), En. Wan Muhammad Imran Bin Che Adnan, IM Ilham Jaya Trading selaku Kontraktor Utama serta pegawai daripada JKR Raub.

Projek ini telah dilaksanakan secara konvensional dalaman JKR oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia (CKC). Skop yang terlibat dalam projek ini adalah site clearance, earthwork (excavate and trim to required level), backfilling and compaction, rockfill, contiguous micropile, soil nailing, closed turfing, handrail for maintenance, drainage (berm/scupper/sump/cascading/weep holes).

Tempoh penyiapan kontrak asal projek ini adalah selama 11 bulan iaitu bermula 25 Ogos 2023 sehingga 11 Julai 2024 dan kontraktor telah berjaya menyiapkan projek lebih awal (50 hari awal) dan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah dikeluarkan pada 23 Mei 2024. Berkat kesungguhan pasukan kontraktor utama dari syarikat IM Ilham Jaya Trading dalam menjayakan projek ini bersama pasukan selia tapak dari JKR Raub, projek berjaya diserahkan secara 3 dalam 1.

Dengan siapnya pembinaan ini, cerun yang mengalami kegagalan sejak dari tahun 2018 digantikan dengan tembok penahan baru. Ia akan memberi nilai tambah dari aspek keselamatan bangunan yang mana Bangunan Persekutuan ini dihuni oleh pelbagai agensi daripada Jabatan Persekutuan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada JPH JPM, BPF KKR, CKC, JKR Raub, Kontraktor Utama, BLSB serta semua pihak terlibat yang telah berusaha gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini.

25052024 008
25052024 007