Jumaat, 13 Disember 2024 – Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Masjid Kampung Sungai Puteri Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Faiz Syazwan bin Zainal Abidin (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Khas, Jabatan Perdana Menteri). Turut hadir menyempurnakan majlis adalah YBrs. En. Rizal bin Mustafa (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang), Sahibul Fadhilah Tn. Hj. Bunyamin bin Abdul Ghani (Qadhi Daerah Rompin) dan YBrs. Ir. Ts. Mohd Faiz bin Mohd Faudzi (Jurutera Daerah, JKR Daerah Rompin).
Projek Pembinaan Masjid Kampung Sungai Puteri Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur telah siap sepenuhnya pada 25 Ogos 2024. Projek ini telah bermula pada 8 Disember 2020 dengan kos projek berjumlah RM 6,499,686.00 dan dilaksanakan secara konvensional (dalaman). Pejabat JKR Daerah Rompin, Pahang telah dipertanggungjawabkan sebagai Pegawai Penguasa bagi projek ini sekaligus menyelia dan memantau aktiviti di tapak bina.
JKR Daerah Rompin telah melaksanakan pemantauan secara holistik melalui Sistem Kawal dan Lapor (SKALA) dan Sistem Pengurusan Bersepadu JKR yang melibatkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) IS0 9001:2015.
Skop projek ini melibatkan pembinaan bangunan masjid berkapasiti 1200 jemaah, blok menara dan bangunan sokongan lain. Secara keseluruhannya, projek ini dapat disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu Serahan Projek Kepada Pelanggan, Lukisan Siap Bina dan Penyata Akaun Muktamad (SOFA) dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor utama Bukit Pelindung Enterprise dan semua kontraktor NSC terlibat iaitu Powering Sdn. Bhd., Aziz Tech and Enterprise dan Iz Puncak Bersatu Enterprise yang telah menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, HOPT/ HODT di JKR Pahang dan JKR Daerah Rompin yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.